Diperlukan seorang Awek

No Gravatar

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Aha. Sangat sewel kan tajuk? Saya pun tak berapa betul minggu ni. Senang cerita, kepala tak betul, badan pun kurang baik. Yela, memula sewel bila layan tengok cerita hantu yang tak berapa nak hantu. Hantu tul siapa yang buat Phobia 2. Gelak lagi ada. Dahla jarang gila nak tengok cerita hantu. Sekali dapat cerita yang hampeh. Haihla. Lepas tu diikuti pula sesi bual bicara wanita laki2 a.k.a pillow talk dengan dak-gemuk-separa-mereng n dak-yg-khusyuk-main-klik-bagi-ikan-makan. Sungguh cacat itu malam. Last2 tidur pukul 4.30 pagi. WTH. Diikuti dengan sukan dan aksi sukaneka terlampau, sebelum sambung tido. Tu yang bangun2 pagi sok, kepala terus berat dan terpaksa emergency leave. Hoho.
Baca lagi

[Bocor] Ranking PMR SBP 2009

No Gravatar

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

sbp2

Bila result PMR keluar hari tu, macam xbest rasanya, or nothing surprise pun. Ini semua gara2 pihak kementerian yang tidak membenarkan lagi penggunaan sistem ranking. Kenapa? wallahualam. Tapi setau saya, kononnya, merekan bmahukan sekolah membina pelajar yang cemerlang, bukannya mengejar ranking dalam apa2 peperiksaan. Haih. pelik2. Sedangkan ranking nilah yang selalunya meningkatkan motivasi pelajar2. Mungkin pihak kementerian tidak sedar atau tidak tahu.

Persaingan sengit

Pertama, saya terpaksa mohon maaf. Sebab post kali ni hanya mengenai SBP. Sejak saya didaftarkan sejak 19 januari 200, kami telah diserapkan dengan dakyah supaya mesti cemerlan. [gitu..] haha. Maksud saya, cemerlang dalam mengekalkan ranking PMR dan SPM. Ya. Kenapa? Hanya kerna musuh terdekat tewas, dan kepuasan pasti terserlah. Siapa musuh terdekat?
Baca lagi

Azam dan Bunga Api

No Gravatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, sudah 6 hari kita melangkah ke tahun baru. Dan insyaAllah dipanjangkan umur, kita akan genap seminggu masuk tahun baru. Sepanjang 6 hari ini saya melihat di sana sini, dalam web, blog, forum waima dalam newsletter orang duk bising cakap mengenai azam. Tidak terhad di dalam dunia maya, ianya terus-terusan dibincangkan waima di celah mana sekalipun. Malah dalam facebook saya, ucapan tahun baru saya letakkan gambar mengenai resolusi.
Baca lagi

Jom Main Teka-tekuk

No Gravatar

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Layar bahtera 2009 akan dilabuhkan hanya beberapa jam je lagi. Dan saya sendiri sabar menanti dengan mee megi cup dah tersedia menapak ke titiwangsa [jer?] untuk menyambut tahun baru bersam kekawan yang ada. Hehe. Sungguh poetik pulak!

Oklah. back to the point. Nway, saya nak canangkan mengenai kontest yang dah lama dilihat, tapi baru berani nak cuba. Bukan apa, penganjur dia ni bukan calang2 orang beb. Siapa2 yang masuk ke dunia IM ni, mesti kenal dia dan juga seminar yang beliau anjurkan. Kalau dunia blogger nuffnang terkenal dengan redmummy dan juga hanis zalikha [semalam baru saya kenal!] tapi dalam real IM, blogger ni telah menjadikan blogging sebagai kerjaya utamanya. Wow!

Siapa beliau? Itulah dia bro Rohaizad. Seorang blogger yang cukup dikenali di Mlaysia amnya, dan di Johor khususnya. Lebih spesifik nak kenal beliau mestilah dari seminar beliau yang menarik tu, Seminar Blogging! Bukan malas nak bercerita tentang siapa dia, tapi nak tau lagi detail, better baca dari tuan punya blog, di Rohaizad.com.
Baca lagi

Hidup Berani Untuk Gagal dan Mohabbatein

No Gravatar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alkisahnya begini..

Vicky, Samir dan Kiran penuntut salah sebuah sekolah berasrama tradisi, Gurukul yang ditadbir secara kuku besi oleh Pengetuanya yang pernah GAGAL dalam hidupnya, iaitu Mr. Narayan Shankar. Kisah hidup berani mereka bermula apabila bertemu dengan seorang guru muzik yang berani dalam hdupnya walaupun pernah gagal, bernama Mr. Raj A.Malhotra. Raj Malhotra, dulunya hidup dengan beraninya sewaktu bergelar pelajar di Gurukul, apabila me’nackle’ anak pengetua yang GAGAL itu, bernama Megha. Setelah gagalnya percintaan mereka, akibat Megha bunuh diri, dek kerana desakan ayahnya yang takut menghadapi kebenaran, Raj Malhotra telah dibuang kolej dan dengan kegagalannya di kolej itu, boleh menyebabkan beliau gagal diterima di mana2 sekolah sekalipun.

Berbalik kepada kisah 3 jejak apprentis, yang kian jelas terlihat keghairahan merkea mengejar cinta, keghairahan mereka untuk meneruskan misi hidup mereka, dan memperjuangkan hidup berani untuk gagal mereka sebagai pelajar yang telah pun melanggar undang2 sekolah tersebut. Percintaan mereka dengan gadis pilihan masing2, Ishika, Sanjana, dan juga Kiran menjadikan merka lebih berani untuk menempuh liku2 hidup di gurukul. Keberanian mereka yang mencabar kegagalan Mr. Narayan Shankar dengan bantuan Mr. Raj Malhotra yang akhirnya memberi pelajar itu peluang untuk hidup lebih berani, tanapa takut gagal. ;)

p/s : sedikit sipnosis yang HYPE..;)

Baca lagi

double87's blog is using WP-Gravatar